• +6013-3222976 / +6011-19979316

Biodata Dr.Azlan

Dato Assist Prof. Dr.Norhazlanshah Hazali adalah pakar penyelidik dan tenaga pengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Bidang tunpuan beliau adalah toksidologi & keselamatan makanan. Produk-produk yang dihasilkan adalah hasil kajian R&D beliau bersama rakan sekerja serta para pelajar Sarjana & Sarjana Muda. Produk-produk ini memfokuskan kepada keberkesanan & keselamatan. Ikuti biodata & kisah kejayaan Dato Assist Prof. Dr.Norhazlanshah Hazali.

.

LATAR BELAKANG HIDUP
DATO ASST. PROF. DR. NORAZLANSHAH HAZALI

prof-dr-norazlanshah

bydrazlan

Dato Asst. Prof. Dr. Norazlanshah dilahirkan pada tanggal 11 ogos 1980 di Tawau Sabah sewaktu ayahanda berkhidmat di Angkatan Tentera Melayu Diraja. Dibawa pulang ke Semenanjung Malaysia dan dibesarkan di kampung halaman asal usul nenek moyangnya iaitu di Kampung Ladang, Jambatan Duyong Melaka. Walaupun dilahirkan di dalam keluarga yang serba sederhana namun dibesarkan penuh dengan kasih sayang dari kedua ibu bapa.

Memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Semabok Melaka. Mengharungi dunia persekolahan menengah di 3 buah sekolah yang berbeza iaitu Sekolah Menengah Yok Bin, Sekolah Tinggi Melaka dan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka. Seterusnya Asst. Prof. Dr. Norazlanshah menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia di peringkat sarjanamuda, sarjana dan doktor falsafah di dalam bidang sains makanan.

Kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Giat menjalankan latihan dan perundingan di dalam bidang kesihatan merangkumi aspek keselamatan makanan (Latihan pengendali makanan, asas kebersihan makanan, GMP & HACCP) dan terapi makanan. Bidang penyelidikan yang dijalankan merangkumi bidang keselamatan makanan dan toksikologi makanan.

Beliau berjaya menghasilkan dan memasarkan produk-produk hasil penyelidikan beliau di bawah jenama BYDRAZLANTM seperti TripleT, Khalifah-T, Kopi Durian Emas, Face Solution Soap, Body Solution Soap, Golden-B, Glo Box dan Solar Generator. Produk-produk beliau ini dipasarkan aktif secara online di dalam mahupun di luar negara.

PRODUK BY DR AZLAN

 

Klik button di bawah untuk maklumat lanjut pencapaian serta anugerah yang diperoleh Assist. Prof. Dr Norazlanshah.

PENCAPAIAN DAN ANUGERAH

 

(Visited 59 times, 1 visits today)