Selamatkah Makan Telur Semasa Hamil?

Adakah selamat memakan telur separuh masak atau telur mentah semasa hamil??
.

Telur separuh masak atau telur mentah mungkin mengandungi bakteria salmonella, oleh itu lebih baik jika anda mengelak dari memakannya semasa hamil. Ini kerana, ketika hamil, sistem imun anda berubah di mana tugas utamanya kini ialah melindungi bayi dalam kandungan. Ini bermakna, anda lebih mudah mengalami keracunan makanan daripada bakteria salmonella.

.
Keracunan salmonella tidak membahayakan bayi anda secara langsung, tetapi ia boleh membuatkan keadaan lebih teruk apabila anda hamil dan menyebabkan

  • Muntah dan cirit-birit yang teruk
  • ➡ Sakit perut
  • ➡ Sakit kepala
  • ➡ Suhu badan tinggi

Untuk mengurangkan risiko mendapat salmonella, masaklah telur sehingga kedua-dua bahagian kuning dan putihnya keras.
.
Semasa hamil, ikutilah panduan berikut untuk memasak telur:.

  • ➡Rebus telur bersaiz sederhana selama sekurang-kurangnya tujuh minit.
  • ➡Goreng telur pada bahagian atas dan bawah.
  • ➡Jika merebus telur tanpa kulit (poach), rebuslah sehingga bahagian putihnya pejal dan berwarna legap serta bahagian kuningnya keras. Ini mengambil masa kira-kira lima minit bagi telur bersaiz sederhana.

Ikuti perkembangan penyelidikan Dato’ Asst. Prof. Dr. Azlan

  • Pakar Toksikologi, Keselamatan & Terapi Makanan Malaysia.
  • Entrepreneur Scientist.
  • Tenaga Pengajar Latihan Pengendali Makanan KKM)
(Visited 14 times, 1 visits today)