Fungsi Buah Pinggang Yang Wajib Kita Diketahui

Fungsi Buah Pinggang Yang Wajib Kita Diketahui. Buah pinggang adalah antara organ yang sangat penting dalam tubuh manusia. Jom kita fahamkan fungsi buah pinggang kita:

  • Menyingkirkan Sisa Buangan
    Jenis sisa yang selalunya disingkirkan oleh buah pinggang dipanggil “urea” dan “kreatinin”.
  • Mengawal Jumlah Cecair
    Buah pinggang yang sihat mengawal jumlah cecair di dalam badan dan membantu membuang lebihan cecair dari darah.
  • Mengawal Tekanan Darah
    Tekanan darah perlu dikawal pada suatu tahap tertentu agar darah mencukupi di seluruh tubuh. Mengawal tekanan darah pada tahap normal mengelakkan daripada risiko masalah jantung. Jika tekanan darah tinggi, jantung harus berkerja lebih keras.
  • Menghasilkan Sel Darah Merah
    Buah pinggang menghasilkan hormon dipanggil erythropoietin, yang membantu tubuh menghasilkan sel darah merah.
  • Menyihatkan Tulang
    Buah pinggang mengekalkan jumlah fosforus dan kalsium dalam darah; melalui imbangan ini, tulang akan kekal sihat.

Jika buah pinggang tidak dijaga dengan sempurna, tanda-tanda kerosakkan buah pinggang seperti berikut akan muncul:

  • Kejang Otot
    Boleh dialami oleh mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik.
  • Gatal-gatal
    Bahan buangan di dalam darah boleh menyebabkan gatal-gatal yang teruk.
  • Rasa Tidak Sihat
    Oleh kerana terdapat bahan-bahan toksik yang berlebihan dalam darah, anda boleh merasa mengantuk, cepat letih, keliru dan loya.
  • Sesak Nafas
    Buah pinggang tidak boleh membantu dalam pengeluaran sel-sel darah merah, maka kandungan oksigen tidak mencukupi di dalam badan anda. Juga, jika cecair terkumpul di dalam paru-paru, anda akan berasa sesak nafas.
  • Perubahan Air Kencing
    Kencing berbuih, darah dalam air kencing, air kencing berlebihan atau kurang daripada biasa, atau kerap bangun pada waktu malam untuk membuang air kecil.
  • Rasa Letih dan Pucat
    Buah pinggang tidak boleh membantu dalam pengeluaran sel-sel darah merah. Ini boleh menyebabkan rasa sering keletihan dan kurang bertenaga.
  • Bengkak di Tangan, Kaki dan Kawasan di Sekitar Mata Anda
    Buah pinggang anda tidak mampu untuk mengeluarkan cecair yang berlebihan, mengakibatkan cecair terperangkap dalam badan.

Antara fungsi utama Triple-T ialah merangsang penghasilan sel-sel hati yang rosak dan buah pinggang yang cedera. Triple-T ByDrAzlan adalah gabungan herba yang sangat unik dan mampu menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat untuk buah pinggang dan hati sekaligus merawat banyak penyakit yang berkaitan dengan 2 organ penting ini.

Ikuti perkembangan penyelidikan Dato Asst. Prof. Dr. Azlan

(Pakar Toksikologi, Keselamatan & Terapi Makanan Malaysia.
Entrepreneur Scientist.)
Tenaga Pengajar Latihan Pengendali Makanan KKM) di facebook beliau di:
https://www.facebook.com/norazlanshah.hazali

PRODUK KESIHATAN KAJIAN SAINTIFIK ByDrAzlan

P/s: *kelewatan merawat menyebabkan penyakit bertambah kronik. Terpulang pada individu sama ada ingin merawat atau membiarkan melarat*.

(Visited 39 times, 1 visits today)