Elakkan Keracunan Makanan

Elakkan Keracunan Makanan. Antara faktor terbesar yang menyumbang kepada keracunan makanan adalah kebersihan diri, namun perkara ini sering dianggap remeh. Pemerhatian dan pemantauan yang teliti tentang kebersihan diri pekerja dapur adalah penting dan tindakan ini dapat menghalang pencemaran makanan sekaligus mencegah keracunan makanan.

Pakaian Seragam:
Pakai pakaian seragam bersih setiap hari dan hanya dipakai di tempat kerja

Apron:
Apron penuh dan berbeza harus dipakai di stesen penyediaan yang berbeza (cth. makanan laut dan sayuran)

Sarung tangan:
Sarung tangan pakai buang yang berbeza perlu digunakan bila mengerjakan bahan mentah dan makanan yang dimasak

Kasut:
Hanya pakai kasut bertutup sepenuhnya dan tahan licin

AMALAN KEBERSIHAN DIRI

Apa Yang Perlu Anda Lakukan:

  • Simpan kuku yang pendek dan bersih
  • Ikat rambut dan janggut dengan kemas – rambut panjang hendaklah diikat
  • Basuh tangan dengan kerap dan rapi dengan sabun
  • Bekerja pada permukaan bersih
  • Guna papan pemotong dan pisau yang berbeza untuk masakan dan makanan mentah

Apa Yang Perlu Anda Elakkan:

❌Bersin ke dalam makanan
❌Garu badan bila memasak/menghidang
❌Gosok muka/hidung pada bahu
❌Basuh telinga dengan jari
❌Lap peluh dengan tangan yang terdedah
❌Pakai aksesori
❌Hadir ke kerja bila demam

Ikuti perkembangan penyelidikan Dato’ Asst. Prof. Dr. Azlan

(Pakar Toksikologi, Keselamatan & Terapi Makanan Malaysia. Entrepreneur Scientist. Tenaga Pengajar Latihan Pengendali Makanan KKM) di facebook beliau di:
https://www.facebook.com/norazlanshah.hazali

www.ByDrAzlan.com

(Visited 22 times, 1 visits today)